Monday 22 July 2013

penasihat pemunah

Seringkali dibaca kritik terhadap penasihat-penasihat/pembantu-pembantu Najib yang boleh memunah karier kePMannya. Tampalan ini cuba buat exercise minda (setelah begitu lama menyantai) untuk cari penasihat-penasihat itu dengan pautan-pautan sokongan. Jadi, ia adalah tampalan hidup yang sentiasa ditokok-tambah.

Monday 1 July 2013

Najib tak ampuh ?

PM kita















Seronok juga baca blog-blog glamour (untuk yang orang maksudkan blog-blog glamour, sila jeling kat sebelah kanan) sambil buat teka-teki. Orang rasalah kan, ada bujukan untuk menukarganti PM. Cuba ngkorang baca blog-blog glamour dua tiga minggu lepas kalau tak percaya kat orang. Sekarang ni dah reda sekejap. Nak tengok kalau-kalau dia orang lobby semula. Update 08/07/2013; Kan dah cakap ? Datuk AKJ sendiri menulis dengan penuh bisa dalam posting terkini.

Apa pendapat ngkorang tentang prestasi Najib dalam PRU13 ? Sokongan Melayu kepada UMNO meningkat. Najib pun kononnya sangat popular (tapi bukan boleh pecaya sangat survey masuk bakul angkat sendiri diorang ni).  Katakan kita jelaskan kemerosotan BN kali ini kerana 'tsunami Cina' bak kata Najib. Logik juga. Tetapi tidak juga boleh tolak tsunami Melayu urban yang pangkah PR. Tu pun faktor jugak. 

So, over all, Najib menang kurang kerusi berbanding Pak Lah. Kalau Pak Lah diturunkan takhta kerana bilangan kerusi BN merosok post-PRU12, apa halnya Najib ? 

Dalam keadaan yang semakin genting, Melayu memerlukan pucuk pimpinan yang jantan sepenuhnya, tegas dan meyakinkan. Yakin macam kita rasa yakin bila Tun Dr M di atas takhta dahulu. Rindu kan, sebenarnya kita ni ? Najib dilihat tidak tegas, lembik, banyak layan kehendak Cina dan India dan buat Melayu rata-rata mengeluh. (Update 03/07/2013 : Cuba ngkorang baca ABITW posting terkini.) Tambah-tambah pula Najib dilihat macam dihijack oleh bininya Rosmah Mansor. Ramai orang dah cakap. Orang hanya merakam cakap orang. (Update 03/07/2013 Dalam racauan terbaru BigDog, perlantikan seseorang yang ditakuti berpotensi tinggi menjadi satu lagi toyol korporat dipersoalkan, dan Najib dipersalahkan)


FLOM kita

Cuba ngkorang baca posting-posting dari blogger-blogger glamour, banyak yang tulis pasal Rosmah yang terlebih sudu daripada kuah.