Tuesday 26 January 2016

reading around : week 5

1. Macamlah dia tu baguih sangat, nak komplen orang. Hek eleh...



2.   Berpantang maut sebelum ajal. Beringat-ingat sebelum kena.


3.   Good or no good ? Feeling confused.

Image from Google Images

4.   Eye on TPPA. Usul akan dibentang di Parlimen. Najib says TPPA no means of colonization by US. Will you believe him ? Need to know more ? China is against TPPA. They say fools rush in where angels fear to tread. Hadi's thoughts here.

5.    Berita terpanas minggu ini tentulah mengenai AG yang kata Najib terlepas, takkan didakwa. Inilah berita paling lawak. Derma yang teramat rahsia. Penderma itu orangnya pun dah mati. Dead men can't talk, man ! Tun kata, quo vadis, Malaysia ? Aku kata, apa nak jadi Malaysia ? Datuk AKJ nampaknya prefer cara 'safe passage' kerana pada agakanku, dulu masa Anwar pun dia ada nasihat Tun biar Anwar lepas. Tak payah nak dakwa-dakwi. Betul jugak. Tengok betapa huru-haranya bila Melayu berbahagi sokongan antara Tun dan Anwar (depa sangka Anwar suci macam malaikat). Najib ni aku agak lain sikit. Tak dak sapa nak sokong dia, melainkan depa pemakan-pemakan dedak itulah. 






 I've been reading around, collecting materials. Whatever sticks, is reflected here. Better write something than not write at all.  



Thursday 21 January 2016

tentang amarah


mulai hari ini
hanya ada tiga marah
marah kepada pemaksiat kepada Allah
marah kepada penyelewengan, rasuah oleh  mereka yang memegang kuasa
dan marah kepada si tua dungu itu
marah itu membara dalam dada
kuluah hanya dengan tutur yang kubilang-bilang

selain daripada itu 
tiada marah
anak-anakku adalah anugerah untukku supaya kukasihi
ibuku insan berjasa yang masih tinggal supaya aku sempat menabur bakti membalas budi
tiada marah
sesungguhnya tiada lagi marah selain yang itu-itu
yang ada hanya kasih sayang 
pandang mereka penuh rasa mesra
santuni mereka penuh kasih sayang 
hidup ini terlalu pendek untuk dilayan nafsu amarah

letakkan marahmu pada tempatnya
bukan kuhamburkan mengikut desakan emosi





Tuesday 12 January 2016

menyusun seroja

sesungguhnya pekerjaan menyusun seroja itu berliku-liku
ada tempat berhenti terkilan
ada tempat berhenti melepas penat
sesudah tamat satu episod perang kecil
seroja mengorak langkah semula
apa lagi yang ada
cinta kasih pada watan, mahu diungkap dengan pena

Monday 4 January 2016

Orkes Sinar Murni - Panggilan Haji.mpg

meniti memori

Arwah sangat sukakan haruman pandan. Dia buat bunga rampai bila ada kesempatan. Dia cari minyak atar seribu bunga. Akhir-akhir ini kenangan tentang dia menjadi terlalu jelas , dan amat menusuk. Kenangan tentangnya gerakkan aku untuk buat beberapa perkara yang dia pernah suka.

Alfaatihah.

Arwah. Cantik orangnya. Aku baru sedar, aku amat sayangkannya.