Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
(Pantun klasik)
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
Daripada hidup menjadi macai
Bukankah kau lebih baik mati ?
(Reka-rekaan)
Puan bertanjak bunga melati
Diampu pula dengan kain
Bukan aku takut 'kan mati
Sesalku tidak puas bermain
(Pantun ehsan Hikayat Raja Babi)
Thursday, 10 March 2016
Wednesday, 9 March 2016
Tuesday, 8 March 2016
tentang bahayanya demokrasi
Demokrasi tidak mempunyai satu bentuk yang unggul, yang wajib dipatuhi oleh setiap kerajaan pengamalnya. Setiap kerajaan yang ditubuhkan atas dasar demokrasi memberi interpretasi sendiri tentang apa itu demokrasi. Namun satu senarai semak boleh dibuat, yang mana elemen-elemen di dalam senarai semak tersebut menjadi syarat-syarat minima kepada wujudnya demokrasi di dalam pemerintahan semasa.
Demokrasi boleh menjadi satu ancaman bila berlaku penyimpangan daripada elemen-elemen di dalam senarai semak tersebut, dan pemerintah pula berselindung di sebalik slogan-slogan pematuhan kepada prinsip-prinsip demokrasi.
Jadi, apa pilihan demokratik rakyat ?
Tuesday, 1 March 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)