inginnya mati di sini
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
(Pantun klasik)
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
Daripada hidup menjadi macai
Bukankah kau lebih baik mati ?
(Reka-rekaan)
Puan bertanjak bunga melati
Diampu pula dengan kain
Bukan aku takut 'kan mati
Sesalku tidak puas bermain
(Pantun ehsan Hikayat Raja Babi)
Friday, 21 April 2017
Thursday, 20 April 2017
semalam
rezeki pertama melalui petunjuk
rm274
setelah bertungkus lumus buat ikatan dok bersama
sakit pening orang tak tahu
aku ingin mengingatnya sampai mati
dibayar oleh datfami
Friday, 14 April 2017
kena potong kek
bersempena hari ini, aku tukar operasi ke rumah
Saat ini 1.17pm masih di pejabat
pagi tadi ke Mahkamah Syariah
jumpa Kak Salina
Dalam perjalanan nampak tagline ni
"Perjalanan Hidup Bermula di sini"
Huh ?
How ironic or
How appropriate
Saat ini 1.17pm masih di pejabat
pagi tadi ke Mahkamah Syariah
jumpa Kak Salina
Dalam perjalanan nampak tagline ni
"Perjalanan Hidup Bermula di sini"
Huh ?
How ironic or
How appropriate
Thursday, 13 April 2017
bila terdengar suara azan
bila terdengar suara azan
bergema sayup menjelang pagi
dalam irama kukirim pesan
sebagai tanda aku dah pergi
aku pernah marahkan arwah kakakku
kerana dia menyanyi lagu suicidal macam ni
Thursday, 6 April 2017
untuk rasa yang membekas
Imej daripada GoogleImages
Untuk berupaya menukil
kau perlu punya rasa yang membekas
jalinan perkataan harus memberimu feel
terimakasih Hajar
semoga Tuhan memberimu
bahagian yang baik di dunia dan akhirat
Wednesday, 5 April 2017
menangguk di air keruh
Imej daripada GoogleImages
sentap joranmu tika mereka leka
lalu apa bezanya kau dengan Saudagar Diabetes ?
atau jernihkan yang keruh
biar mereka yang linglung
nampak mata kailmu
Monday, 3 April 2017
sejarah tersipu
indahnya menyulam sketsa dengan fakta
bagus ya jadi pembunuh upahan
tapi ilmu penuh di dada
bagus ya jadi pembunuh upahan
tapi ilmu penuh di dada
Imej-Imej daripada GoogleImages
Subscribe to:
Posts (Atom)