Ngkorang suka kangkung dalam burger ? Takde daging, he he he ..
Aku suka makan kangkung ? Tak ada lah sangat. Biasa-biasa ja. Membesar di kampung, kangkung adalah hidangan bukan istimewa atau luar-biasa. Gado-gado adalah satu hidangan yang aku pernah belajar buat, menggunakan kangkung. Takdaklah sedap mana pun.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke KL, rata-rata depa jual nasi lemak pakai kangkung. Aku rasa itu kombinasi yang sangat pelik. Tapi la ni dah tak pernah jumpa dah. Mungkin tak dapat bertahan, pasal rasa dia pun tak kena. Lagi satu, daripada ilmu masak-memasak yang Mak aku ajar, kangkung ni tak dimasak bersantan. Kalau buat sayur air makan dengan nasi putih dan kari ikan, itu ok. So, kalau nasi lemak, kan bersantan. Mungkin itu penjelasan mengapa nasi lemak berkangkung pupus sebelum terbudaya.
lebih-kurang macam ni
Ni nak cerita pasal kangkung dalam politik. Pertengahan Januari 2014, pecah episod kangkung bila Najib buat statement bodoh pasal kangkung. Najib suruh rakyat puji kerajaan bila harga kangkung turun. Kenyataan itu dibuat di kemuncak keluh-kesah rakyat bahawa harga barang umumnya naik dan kerajaan Najib dipersalahkan. Lepas itu bermulalah rentetan ejekan dan tempelak yang bertali-temali.
Ingatkan lepas tu, dah surut cerita kangkung ni.
Rupanya tidak. Terbaru cerita kangkung ini diperpanjangkan lagi. Kali ini oleh McDonald's, rangkaian restoran makanan segera milik Vincent Tan yang berebut-rebut dan bangga rakyat Malaysia dapat makan di situ (tidak termasuk aku). Ha kau !
Tak habis-habis. Rata-rata rakyat masih sinikal terhadap kenyataan bodoh Najib itu. Secara peribadi, aku hairan macam mana Najib boleh tersebut benda bodoh macam gitu. Kenapa aku kata bodoh. Sebab aku tahu bahawa kerajaan Najib mempunyai kuasa dan bertanggungan untuk mengawal harga barang daripada naik-turun yang merimaskan. Apa itu bukan dasar-dasar polisi kerajaan Najib ke ? Kalau tidak masakan pak-pak menteri turun padang terjun bukit masuk kampung terjun paya pi pantau harga sana-sini ? So, kalau dah melampau-lampau sangat harga naik, naik naik dan naik, tentulah rakyat marah. Kalau Najib tahu, faham, prihatin, insaf akan keluh-kesah rakyat, dan bahawa rakyat tengah panas, Najib tidak akan terbuat kenyataan macam "sekarang, harga kangkung dah turun, kenapa tak puji kerajaan ?" Whoa !!! Lagi nak puji-pujian ke ??? Tanggungjawab pun tak lepas.
imej ini panjang dan berantai..
Kenapa Najib pilih kangkung ??? Wrong choice again. Bahawa Big Mac burger boleh jadi satu indeks untuk ukur kekuatan matawang sesebuah negara, itu semua orang tahu. Ia bukan satu lelucuan kosong. Sebabnya McD telah menjadi jenama seantero dunia. Tapi, nak jadikan kangkung sebagai indeks barangan kepenggunaan di Malaysia sahaja pun tak lepas. Sebab kangkung bukanlah item yang cukup sifat untuk jadi indeks. So Najib kenalah hati-hati. Sebab dia PM, bukan orang biasa. Bukan senang nak jadi PM, nu ? Sebab setiap kenyataan bodoh PM akan diperhalusi dan diridiculed pada setiap kesempatan yang tiba-tiba muncul.
Hee .. tak sabar nak tunggu apa kebodohan seterusnya.
Akhir kalam, terimalah pantun
tanam kangkung rapat-rapat
err.. (tak jadi nak habiskan pantun) sebenarnya yang rapat-rapat tu depa tak tanam kot. Depa tabog biji benih ja. Sebab tu boleh jadi rapat-rapat tu. Kalau aku tanam kangkung, pakai batang ja. Tak jadi rapat macam tu.
No comments:
Post a Comment