Sejuk, sejuk, sejuk. Time time ni minum teh o panas dan mengelamun di celah-celah untaian air hujan itu memang enak. Kala itu waktu berhenti beredar atau saat lupa berdetik. Aku marathon ke kampung dan marathon balik ke bandar keesokannya.
Banyaknya air hujan, turun mencurah dari langit. Kau masih tak percaya global warming ?
kamera cokia ini gagal menakluk butir-butir hujan
itu sebagaimana aku mahu
air hujan jatuh berjuraian dari lekuk bumbung zink, bak tirai melangsiri
tapi semua itu gagal dirakam oleh kamera cokia ini
bukan salah aku
tiba-tiba hero pun sampai
ya betul, di kalangan kami seroja-seroja terluka, dialah hero kami
No comments:
Post a Comment