Wednesday 21 January 2015

aku suka orkid

Sejauh mana peguam boleh tolong dalam kes kebankrapan ?

Apabila selepas dibankrapkan baru anda tahu anda bankrap, tentu ada yang tak kena dengan prosiding kebangkarapan yang telah dimasukkan  terhadap anda. Semasa itu malang datang bertimpa-timpa. Memang betul, hutang mesti dibayar. Tetapi di dalam sistem di mana hutang tidak dapat dielak, (eg bila anda beli kereta, beli rumah), pemberi pinjam kenalah ikut undang-undang betul-betul.  Pejabat Insolvensi panggil. ASB pun panggil untuk penutupan akaun. Macam-macam lagi. Setakat boleh tolong aku tolonglah, tapi kena juga faham tolong aku itu bercaj.

Makin celaru bila banyak penganiayaan dilakukan. Ada yang fight dan menang. Ada yang bila failkan bantahan bank terus tarik balik prosiding, ada juga yang walau aku hujah kaw-kaw tapi keputusannya, "setelah meneliti dokumen-dokumen.. dan setelah mendengar hujahan .... Mahkamah mendapatkan tiada isu-isu yang bermerit. Fullstop"
Tak da alasan penghakiman. Kau sedih tak ? Bedebum-bedebam isu yang aku bangkitkan, satu pun tak disentuh dan diperjelas.

No comments:

Post a Comment