I AM
death is just
|
ZEN
a beginning |
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
(Pantun klasik)
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
Daripada hidup menjadi macai
Bukankah kau lebih baik mati ?
(Reka-rekaan)
Puan bertanjak bunga melati
Diampu pula dengan kain
Bukan aku takut 'kan mati
Sesalku tidak puas bermain
(Pantun ehsan Hikayat Raja Babi)
Thursday, 26 February 2015
Wednesday, 25 February 2015
politik sampai ke sudah
Ikhlas itu penting. Kalau tidak ikhlas, kita main politik dengan keadilan. Kita guna perkakas-perkakas undang-undang untuk matlamat politik. Ada perkakas-perkakas yang terlalu jarang digunakan, tapi dek kerana politik perkakas itu tiba-tiba menjadi begitu berguna. Aku pembenci Anwar, tapi aku ingin menulis artikel ini dengan satu fikiran yang objektif.
Ikhlas itu penting. Kalau kita berdosa sampai ke tahap tidak layak menjadi pemimpin, tidak usahlah kita dok tebiang nak jadi pemimpin jugak. Kalau kita tahu seseorang adalah berdosa sampai tahap itu, tak payahlah kita pun bersubahat untuk menyelindung. Kita rosakkan satu umat, satu 'nation' bila bangsa kita berpecah.
Mungkin kita kena didik anak-anak kita supaya jangan ada sisi hitam dalam sejarah hidup, kot kot bila besar nanti depa nak jadi pemimpin. Kalau ada sisi hitam, jangan jadi pemimpin. Senang kira. Semua sama, tak kira pemerintah, tak kira pembangkang. Semua 'rule' yang sama. Bila hati-hati kita pun hitam, kita jadi tak kisah melantik pemimpin yang banyak simpan tengkorak dalam lemari. Demi Allah, aku tidak redha pemimpin yang macam ni. Kalau masih ada yang lebih baik, cepat-cepatlah kita tukar. Nak tukar pun, bukan 'game' politik lagi. Kena ikhlas nak tukar.
Ikhlas itu penting. Kalau kita berdosa sampai ke tahap tidak layak menjadi pemimpin, tidak usahlah kita dok tebiang nak jadi pemimpin jugak. Kalau kita tahu seseorang adalah berdosa sampai tahap itu, tak payahlah kita pun bersubahat untuk menyelindung. Kita rosakkan satu umat, satu 'nation' bila bangsa kita berpecah.
Mungkin kita kena didik anak-anak kita supaya jangan ada sisi hitam dalam sejarah hidup, kot kot bila besar nanti depa nak jadi pemimpin. Kalau ada sisi hitam, jangan jadi pemimpin. Senang kira. Semua sama, tak kira pemerintah, tak kira pembangkang. Semua 'rule' yang sama. Bila hati-hati kita pun hitam, kita jadi tak kisah melantik pemimpin yang banyak simpan tengkorak dalam lemari. Demi Allah, aku tidak redha pemimpin yang macam ni. Kalau masih ada yang lebih baik, cepat-cepatlah kita tukar. Nak tukar pun, bukan 'game' politik lagi. Kena ikhlas nak tukar.
'sampai ke sudah' adalah bahasa orang Kedah, maknanya 'till the end',
lebih kurang
Tuesday, 10 February 2015
before 9am
Pic from GoogleImages
So the verdict is today. It's a game not over; a political game. Pity pity pity. The Opposition needs to search beyond such a sensational figure like Anwar. And yes, they are in need of a new more convincing leader. Convincing to me, to people like me. I and the type who can't be mesmerised by the so-called innocence, and charisma, of Anwar. For I see no charisma at all. Innocence ? He's guilty as charged.
Friday, 6 February 2015
jangan berhenti menyintaiku
Image from GoogleImages
Jangan berhenti limpahi aku dengan kasih sayang, walau tidak dihargai. Di situ ada penawar untukmu. Ukraine harus disuntik berbilion-bilion USD lagi, supaya musuhnya terus lumpuh. bukankah mereka dahulu satu akar satu umbi ? Atau, di bumi Malaysia Islam boleh saja jadi penyebab ikatan perkahwinan diputus, kalau pasangan masih lagi bukan Islam. Bagus juga ada undang-undang baru. Bagus juga kalau pilihanraya tempatan dihidupkan semula. Biar cakupan kecil jadi pemangkin untuk pentadbiran lebih baik. Sudah bosan dengan UMNO yang tak nak upgrade diri. Rakyat Malaysia pemaaf sebab tak suka gaduh-gaduh. Tapi jangan diambil kesempatan atas kesedia-maafan itu. Bagus sekali debat di AKJ's blog. Ramai Melayu bagus di situ.
Thursday, 5 February 2015
jeritan orkido
sekarang sedang rasa sakit kepala mungkin sebab makan biskut gula banyak sangat for lunch. dan makan kitkat jugak. teruknya makan. rasa malas rasa malas, kenapa malas ? macam mana nak maju kalau malas. ishh...i sent my torn (i mean the sole is torn) shoe to the shoe doctor. he could not fix it. ne'er mind. ada banyak lagi pasang kasut, that would last my life time. macam imelda kan, aku ni? kenapa orkid warna putih ? sebab ia berpura-pura suci. kau fikir orkid putih itu ada pilihan ? kalau orkid itu boleh bersuara dia akan kata : siapa kata putih itu suci ? so, bila la najib nak step down demi negara tercinta ini ? Insaflah najib. kami perlu yang lebih teguh, demi bangsa ini. dah tak kuasa aku nak baca pasai 1MDB ni. sudah-sudahlah najib. kami tidak mahu yang lembik dan terpalit. aku merayu padamu, letaklah jawatan. masih belum terlambat. kau fikir najib baca berapa buku dalam sebulan ? aku rasa najib tidak pernah baca buku. dia tak macam Dr M. kau rasa najib ada berapa degree ? kau tau kan apa aku fikirkan ? kenapa aku sibuk fikir pasal najib. lantaklah dia nak macam mana pun. kenapa aku kisah ? sebab dia PM, bukan penarik beca. bukan profesor adjung. macam mana ek nak sebut ? suka kan, kacau orang ? sakitnya kepala. sakit, sakit, sakit ...
Wednesday, 4 February 2015
berseri-seri
Alangkah indah dunia ini bila kasih yang dicurah dihargai. Menyintai itu sesungguhnya satu seni yang harus dipelajari.
Monday, 2 February 2015
Ya Razzaaq, ajarkan aku ikhlas
sungguh indah pelajaran ini
ikhlas itu sukar, ikhlas itu sukar
tapi dengannya aku diajar
bahagia itu begitu mungkin
bahagia itu bukan mustahil
in zen
Januari dah lepas
Alhamdulillah
11 bulan lagi harus diharungi
Allaahu akbar
bagaimana harus ditangani
si gadis sepi perceroboh itu
kami saling memerlu
mungkin aku harus lunakkan peribadi
pejam sebelah mata
rungkai satu dua simpulan mati dalam diri
Subscribe to:
Posts (Atom)