Wednesday 25 February 2015

politik sampai ke sudah

Ikhlas itu penting. Kalau tidak ikhlas, kita main politik dengan keadilan. Kita guna perkakas-perkakas undang-undang untuk matlamat politik. Ada perkakas-perkakas yang terlalu jarang digunakan, tapi dek kerana politik perkakas itu tiba-tiba menjadi begitu berguna. Aku pembenci Anwar, tapi aku ingin menulis artikel ini dengan satu fikiran yang objektif.

Ikhlas itu penting. Kalau kita berdosa sampai ke tahap tidak layak menjadi pemimpin, tidak usahlah kita dok tebiang nak jadi pemimpin jugak. Kalau kita tahu seseorang adalah berdosa sampai tahap itu, tak payahlah kita pun bersubahat untuk menyelindung. Kita rosakkan satu umat, satu 'nation' bila bangsa kita berpecah.

Mungkin kita kena didik anak-anak kita supaya jangan ada sisi hitam dalam sejarah hidup, kot kot bila besar nanti depa nak jadi pemimpin. Kalau ada sisi hitam, jangan jadi pemimpin. Senang kira. Semua sama, tak kira pemerintah, tak kira pembangkang. Semua 'rule' yang sama. Bila hati-hati kita pun hitam, kita jadi tak kisah melantik pemimpin yang banyak simpan tengkorak dalam lemari. Demi Allah, aku tidak redha pemimpin yang macam ni. Kalau masih ada yang lebih baik, cepat-cepatlah kita tukar. Nak tukar pun, bukan 'game' politik lagi. Kena ikhlas nak tukar.





'sampai ke sudah' adalah bahasa orang Kedah, maknanya 'till the end',
 lebih kurang

No comments:

Post a Comment