Monday 29 June 2015

bunga cempaka dalam jambangan

Images from GoogleImages

Ada yang kata Tun M dah slow down sikit. Malaysiakini kata Tun checkmated bila Najib umum tangguh pilihanraya MT 18 bulan lagi. Aku fikir Najib memang boleh tangguh, tapi masa menjadi lebih suntuk di antara masa tu nanti dengan PRU. Ada beza ka ? Aku rasa ada kesannya. DAKJ adalah blogger yang paling consistent menyerang dengan isu 1MDB. Sampai hari ini. Tabik DAKJ.


Kita rakyat hanya tunggu sahaja kerana semua jentera dikuasai oleh Najib. Nak siasat, semua penyiasat ikut telunjuk Najib. Tak guna siasat. Wayang semata-mata. Ada satu cara saja nak jatuhkan Najib, tapi tak boleh tulis. Ko fikir sendiri ok ? XAJ tu pun bukan wayang ke ?

Siapa kata Najib bengap tak gheti. Banyak yang dia copy dari Tun M. Dari Pak Lah. Tapi untuk keuntungan dia, dan bukan keuntungan rakyat.

Cuba kita fahami ini; sovereign wealth fund baru seratus tahun lebih sikit sahaja digunakan orang. Ia bukan satu amalan kenegaraan yang begitu established. It is sure by trial and error. Hanya yang prudent dan diligent sahaja yang akan berjaya. Memanglah, sebab dia pelaburan. Tak caya tgk Singapura.  Bila tengok negara arab punya SWF berbeliyonbeliyon, RM pun teruja. Semua nak pakai penasihat, sendiri tak nak nak faham operasi SWF tu. Semua risiko tu gantung kat tengkuk rakyat. Yang dia joli awai-awai. Ye lah, takkan nak tunggu 30 tahun ? Masa tu mungkin dia dah keok. Sebab tu la Khazanah saja tak cukup. Nak juga 1MDB. Sekarang tengok apa jadi ? Nak jadi macam Greece ? Nauzubillah.


Jomlah kita berjuta-juta rakyat Malaysia berdoa agar yang mungkar dibinasakan. Yang benar ditegakkan.

No comments:

Post a Comment