Monday 24 August 2015

di pondok kecil, dibantai ombak

Imej amek kat GoogleImages

Bolehkah Melayu hidup kalis politik ? Boleh kalau mereka hidup di hutan , makan hanya ikan sungai, sayur berulam pucuk-pucuk hutan, daging makan sekali-sekala, setahun dua kali. (Jawapan ini pun boleh disangkal, sebab dengan kadar pencemaran dan pemerkosaan hutan masakini, Melayu hutan ini akan terancam jua akhirnya anak-beranak).

Jawabnya tak boleh. Untuk sesuatu bangsa itu hidup kalis politik, mereka sebagai satu komuniti mestilah  mempunyai jaringan ekonomi persendirian yang padu. Mereka hidup berbelanja dengan faedah kepada faedah kepada prinsipal [yang tidak mereka usik, sebaliknya ditambah-tambah sepanjang masa].

(Coretan ini sepatutnya menjadi sebuah artikel yang bagus. Akan disambung, bergantung kepada keazaman tuanpunya blog yang unpredictable ini).

No comments:

Post a Comment