Image from GoogleImages: 2.6 bilion kuntum bunga pingitan
Najib masih tidak mahu jelaskan sejelas-jelasnya
biar rakyat seantero pelusuk negeri faham
bagaimana RM2.6 bilion itu boleh masuk ke dalam akaunnya,
siapa yang beri,
kemudian mana pula ia pergi
Yang dia sibuk menghapdate lawatan sana sini,
lancar itu ini,
itu semua tak guna
selagi jawapan tidak diberi
selagi jawapan tak diberi
kami semua nampak songsang semua langkah Najib
rakyat tahap pemikiran macam aku akan tetap tanya
mengapa Najib tak boleh jawab
kenapa ?
kenapa ?
ia semudah itu untuk difahami,
tak payah pakai penasihat yang kau bayar juta-juta
wahai Najib
sekurang-kurang,
tanyalah Tun M
apa nak buat sekarang ?
Aku tahu
Tun M kalau diberi peluang sekali ini
Tun mahu bunuh semua benih korupsi yang masih tinggal
dalam sistem kini
No comments:
Post a Comment