Thursday 9 August 2018

pandai mengarang

Tadi ibuku menyebut tentang kebolehan seseorang. Katanya X pandai mengarang.

Pada pendapatku, kebolehan X menulis adalah biasa-biasa sahaja. Bagiku X tidak pandai mengarang.

Lalu aku terfikir, kebolehan mengarang tidak boleh dipersia-siakan begitu sahaja. Ia harus dimanfaatkan. Sebagaimana seserang yang pandai menganyam tikar mengkuang harus mencari jalan untuk komersilkan tikar mengkuangnya, begitu juga seseorang yang dianugerahkan bakat mengarang itu harus terus mengarang, dan kalau nasibnya baik, boleh pula menimba rezeki dengan hasil kepengarangannya itu.

No comments:

Post a Comment