Tuesday 18 June 2019

takdir hidup yang terbaik untukku

Mungkin aku membaca kerana aku tak pernah berjodoh. Aku ada banyak masa lapang yang orang lain tak ada sebab aku tak berlaki, tak beranak. Orang lain penat-lelah layan laki, layan anak-anak, tapi aku lenggang kangkung. Aku pun tak suka tengok tv, sebab semua jalan cerita aku dah dapat agak. Aku tak pernah terhibur tengok watak-watak gedik. Tengok dokumentari bolehlah.

Bila anda membaca sebuah buku, anda bermain-main dengan idea si penulis. Anda bawa idea itu ke tidur anda. Anda baca buku itu sampai hancur kalau anda tak puas hati. Minda anda mendebatkan idea-idea itu. Anda setuju, atau anda bangkang. Tidak semua bacaan menjadikan anda seronok. Ada masa anda marah selepas membaca. Anda mengamuk dan baling buku ke dinding. Tapi lepas itu kutip balik untuk sambung baca.

No comments:

Post a Comment