Tuesday 24 September 2013

week 39

  1. Memanglah dia turun padang. Tak dinafikan, dah ada resources turun padang. Tu pun dapat untung. Panggil orang tv buat liputan sana sini. Kalau takdak liputan, nak ke turun padang ? Yang paling penting, apa hasil turun padang itu ke atas pembangunan Wanita Melayu ? Hang habag mai !

Tuesday 17 September 2013

week 38


  1. Pengumuman Program Pemerkasaan Bumiputra oleh Najib umumnya dilihat sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya di dalam parti UMNO menjelang pilihanraya parti Disember ini. Najib   dalam nada biasanya yang berdentum-dentum mengalahkan guruh di langit telah mengumumkan lima goodies untuk Bumiputra, Melayu khususnya. Sejauh mana benar Bumiputra akan diperkasakan dengan pengumuman yang berdentum-dentum ini, sama-samalah kita lihat kupasan ilmiah oleh blogawan-blogawan tersohor itu satu-persatu. Sebarang pautan dan nukilan yang dibuat dalam tugasanku (jika ada, akan disebut satu-persatu, insyaAllah).
  2. Isnin 16 September adalah cuti umum. Ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-50. Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Malaysia. (Nota: Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Pada pendapat peribadiku, ini adalah gara-gara LKY perasan layak dan pulun sungguh nak jadi PM, dan gara-gara Tuanku AR yang panik terlebih). Sambutan ke-50 ini diadakan di Sarawak. Selepas PRU 13, Sabah dan Sarawak dilimpahi perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Hari Malaysia ini sangat bererti pasal pengumuman cuti umum ni pun gara-gara Najib nak glamer lebih setelah cubaan Anwar konon nak bentuk kerajaan telah terlungkup (seperti biasa, semua plan Anwar gagal. Such a loser).
  3. Chin Peng meninggal (di Bangkok) pun jadi bahan perbatuan politik. DAP kata, kena benarkan pelesit ini dibawa masuk dan dikebumikan di Malaysia. Macam-macam..
  4. Gesaan supaya kerusi-kerusi penting MT UMNO dipertandingkan semakin vokal. Dr M sekurang-kurangnya dah gesa yang tua-tua di kalangan ahli MT dulu supaya jangan lagi bertanding. Bagilah can dekat yang muda-muda pulak..
  5. Hanezam thinking (day-dreaming ?) aloud : apa kata mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti itu tubuhkan satu team. Lepas tu, senaraikan dengan jelas siapa calon untuk setiap kerusi yang dipertandingkan, bermula dengan kerusi Presiden dan seterusnya. Kemudian, hendaklah mereka ini membuat pengisytiharan bahawa sekiranya team mereka terpilih, 

    • mereka akan pastikan tiada lagi rasuah dalam parti, dan kabinet baru yang akan dibentuk semula (jika ada) akan memastikan tiada rasuah dalam penganugerahan projek-projek kerajaan
    • mereka  akan memulakan amalan governance yang telus tidak sepertimana yang pernah diamalkan selama ini. Bagi tau setiap projek dapat kat sapa. Hentikanlah makan rasuah. Kita semua akan mati dan menghadap Allah.
    • Agenda Islam orang Melayu jangan dilupa. Tolonglah ikrar untuk hentikan gayahidup hedonistik yang dididik dan diasuh oleh rangkaian-rangkaian televisyen Malaysia. Tolong ikrar bahawa pakaian artis/aktress yang buah dada terbonjol akan dihentikan serta-merta. 
    • Nyatakan dengan jelas apakah pendirian anda tentang Israel, Amerika, LBGT, etc.

Inilah masanya. Peluang ini tidak akan datang lagi. Inilah bot terakhir. Selepas PRU 14 nanti, semuanya akan sudah hancur berkecai. Paling elok jika team idaman ini disokong dan diketengahkan oleh Dr M. Masih ramai yang sayangkan Dr M. Jika dulu Dr M tiada kawalan tentang rasuah yang mula berputik dalam eranya, inilah masanya Dr M menebus penyesalan masa lalu beliau itu. Tolonglah wahai Dr M. Please.. please.. please... Time is running out. Ya Tuhan, aku sungguh kerdil, tapi aku punya angan-angan amat besar ya Tuhan..



Blog dalam Blog
Terpanas minggu ini agaknya tentulah analisis terhadap Pemerkasaan Bumiputra Najib 14 September yang berlangsung di alma materku, UiTM di Hatiku. Ramai yang skeptik. Aku seharusnya lebih skeptik. Takkan nak terima bulat-bulat. Hmm...siap kau. Banyak ramuan nih nak uli, nak canai, nak rampai ..

Friday 13 September 2013

week 37



  1. Wild guessing is really hard work. When you are outside the loop, you read the news and leave it to your intuition whether to believe. Now,  the news I want to read and believe. Something is definitely brewing; read about it here. On a sadder note, it may also mean power brokering is here to stay, to interweave in the Malay politics for much longer time. Democracy is a crap.
    Susah jugak nak jadi PM, no ?
  2. Is Democracy innate in Islam ? I would love to think so, despite not having done any  reading on it.  Here is a piece on "Islam and Democracy" (read here) to trigger the discussion.
    Betul ke ?
  3. Presently something I want to memorize. Communists had lent support in DAP winning the 1969 general election.  (Kit Siang's denial here) I have read the Tan Sri's book, Nation Before Self. Would like to add my personal notes here : PAS was part of the opposition then. No wonder a religious figure like Mat Indra led his people to fight for communists during  his time.
  4. The list goes on. A former air force personnel dead after three shots at head. Ex-EO detainee shot dead after temple ceremony. I am hoping Zahid Hamidi the correct man for the task. Police has detained more than 4,000 persons under Ops Cantas Khas. I don't know, you control drug trafficking, you control the secret societies. Police force has been inactive for two decades. Draconian Laws do have their uses in this part of the world. For a contra view read here.
  5. Are you still mad about the recent petrol price hike ? Honestly, I am not that mad, because I think my business still can absorb it, and the subsequent hikes in food prices etc. But I put on the strike last week in support of those who are unhappy about it. And for the rationale behind  their objection. Madam S was certainly mad about it, and about her being edited on air. Petrol price hike, commencing 12pm 3rd September 2013. RON 97, I later found out, followed suit;  increase of 14 sen a liter. The governmnet says it  is part of subsidy rationalization. Seems like an irrational act to me. Read about frustration and anger over the hike.  
  6. Frustrating ! Azalina is not contesting. What Rafidah says.




Sunday 8 September 2013

minggu mogok

blog ini mogok minggu ini bagi membantah kenaikan harga petrol.

Sunday 1 September 2013

week 35

  1. Bangkai Gajah mustahil ditutup dengan sehelai kertas tisu. Mulut manusia pula tak hendak tutup-tutup bercerita tentang Altantuya. Roh Altantuya dijangka akan terus menghantui tanah air kita dan menjadi bualan juga di seberang laut.  Altantuya panas semula setelah dua polis yang sebelum ini dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya telah dibebaskan semula oleh keputusan Mahkamah Rayuan.
  2. Tak nak cerita panjang. Pendapat peribadi saya : Hakim Mahkamah Tinggi tidak bodoh. Pendakwaraya pun tidak bodoh. Mereka semua belajar Undang-Undang Jenayah. Yang susah adalah bila ada campurtangan dalam penyediaan kes pendakwaan dan penyediaan keputusan. Saksi-saksi penting tidak dipanggil. Bila pembunuh dikatakan membunuh atas arahan orang ketiga, orang ketiga pula dikeluarkan dari pertuduhan/tidak dituduh. Awal-awal lagi, ini kes kartun. Ini kes menutup bangkai gajah dengan sehelai kertas tisu. Habiskan masa kehakiman. Dan masa mereka yang teremo-emo. Nak rayu pulak ? Lagi banyak masa habis. Mungkin kat dunia ni, patut Altantuya cari keadilan dan pembelaan dengan bantuan alam lain pula ? 
    Now dressed to kill
  3. Amerika sibuk nak serang Syria pula. 
  4. Di tanah air sendiri, dalam kedamaian kita sebuah surau roboh. Apa di mindamu ?
    sebelum
    selepas