Tuesday 17 September 2013

week 38


  1. Pengumuman Program Pemerkasaan Bumiputra oleh Najib umumnya dilihat sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya di dalam parti UMNO menjelang pilihanraya parti Disember ini. Najib   dalam nada biasanya yang berdentum-dentum mengalahkan guruh di langit telah mengumumkan lima goodies untuk Bumiputra, Melayu khususnya. Sejauh mana benar Bumiputra akan diperkasakan dengan pengumuman yang berdentum-dentum ini, sama-samalah kita lihat kupasan ilmiah oleh blogawan-blogawan tersohor itu satu-persatu. Sebarang pautan dan nukilan yang dibuat dalam tugasanku (jika ada, akan disebut satu-persatu, insyaAllah).
  2. Isnin 16 September adalah cuti umum. Ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-50. Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Malaysia. (Nota: Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Pada pendapat peribadiku, ini adalah gara-gara LKY perasan layak dan pulun sungguh nak jadi PM, dan gara-gara Tuanku AR yang panik terlebih). Sambutan ke-50 ini diadakan di Sarawak. Selepas PRU 13, Sabah dan Sarawak dilimpahi perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Hari Malaysia ini sangat bererti pasal pengumuman cuti umum ni pun gara-gara Najib nak glamer lebih setelah cubaan Anwar konon nak bentuk kerajaan telah terlungkup (seperti biasa, semua plan Anwar gagal. Such a loser).
  3. Chin Peng meninggal (di Bangkok) pun jadi bahan perbatuan politik. DAP kata, kena benarkan pelesit ini dibawa masuk dan dikebumikan di Malaysia. Macam-macam..
  4. Gesaan supaya kerusi-kerusi penting MT UMNO dipertandingkan semakin vokal. Dr M sekurang-kurangnya dah gesa yang tua-tua di kalangan ahli MT dulu supaya jangan lagi bertanding. Bagilah can dekat yang muda-muda pulak..
  5. Hanezam thinking (day-dreaming ?) aloud : apa kata mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti itu tubuhkan satu team. Lepas tu, senaraikan dengan jelas siapa calon untuk setiap kerusi yang dipertandingkan, bermula dengan kerusi Presiden dan seterusnya. Kemudian, hendaklah mereka ini membuat pengisytiharan bahawa sekiranya team mereka terpilih, 

    • mereka akan pastikan tiada lagi rasuah dalam parti, dan kabinet baru yang akan dibentuk semula (jika ada) akan memastikan tiada rasuah dalam penganugerahan projek-projek kerajaan
    • mereka  akan memulakan amalan governance yang telus tidak sepertimana yang pernah diamalkan selama ini. Bagi tau setiap projek dapat kat sapa. Hentikanlah makan rasuah. Kita semua akan mati dan menghadap Allah.
    • Agenda Islam orang Melayu jangan dilupa. Tolonglah ikrar untuk hentikan gayahidup hedonistik yang dididik dan diasuh oleh rangkaian-rangkaian televisyen Malaysia. Tolong ikrar bahawa pakaian artis/aktress yang buah dada terbonjol akan dihentikan serta-merta. 
    • Nyatakan dengan jelas apakah pendirian anda tentang Israel, Amerika, LBGT, etc.

Inilah masanya. Peluang ini tidak akan datang lagi. Inilah bot terakhir. Selepas PRU 14 nanti, semuanya akan sudah hancur berkecai. Paling elok jika team idaman ini disokong dan diketengahkan oleh Dr M. Masih ramai yang sayangkan Dr M. Jika dulu Dr M tiada kawalan tentang rasuah yang mula berputik dalam eranya, inilah masanya Dr M menebus penyesalan masa lalu beliau itu. Tolonglah wahai Dr M. Please.. please.. please... Time is running out. Ya Tuhan, aku sungguh kerdil, tapi aku punya angan-angan amat besar ya Tuhan..



Blog dalam Blog
Terpanas minggu ini agaknya tentulah analisis terhadap Pemerkasaan Bumiputra Najib 14 September yang berlangsung di alma materku, UiTM di Hatiku. Ramai yang skeptik. Aku seharusnya lebih skeptik. Takkan nak terima bulat-bulat. Hmm...siap kau. Banyak ramuan nih nak uli, nak canai, nak rampai ..

No comments:

Post a Comment