- Bangkai Gajah mustahil ditutup dengan sehelai kertas tisu. Mulut manusia pula tak hendak tutup-tutup bercerita tentang Altantuya. Roh Altantuya dijangka akan terus menghantui tanah air kita dan menjadi bualan juga di seberang laut. Altantuya panas semula setelah dua polis yang sebelum ini dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya telah dibebaskan semula oleh keputusan Mahkamah Rayuan.
- Tak nak cerita panjang. Pendapat peribadi saya : Hakim Mahkamah Tinggi tidak bodoh. Pendakwaraya pun tidak bodoh. Mereka semua belajar Undang-Undang Jenayah. Yang susah adalah bila ada campurtangan dalam penyediaan kes pendakwaan dan penyediaan keputusan. Saksi-saksi penting tidak dipanggil. Bila pembunuh dikatakan membunuh atas arahan orang ketiga, orang ketiga pula dikeluarkan dari pertuduhan/tidak dituduh. Awal-awal lagi, ini kes kartun. Ini kes menutup bangkai gajah dengan sehelai kertas tisu. Habiskan masa kehakiman. Dan masa mereka yang teremo-emo. Nak rayu pulak ? Lagi banyak masa habis. Mungkin kat dunia ni, patut Altantuya cari keadilan dan pembelaan dengan bantuan alam lain pula ?
Now dressed to kill - Amerika sibuk nak serang Syria pula.
- Di tanah air sendiri, dalam kedamaian kita sebuah surau roboh. Apa di mindamu ?
sebelumselepas
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
(Pantun klasik)
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
Daripada hidup menjadi macai
Bukankah kau lebih baik mati ?
(Reka-rekaan)
Puan bertanjak bunga melati
Diampu pula dengan kain
Bukan aku takut 'kan mati
Sesalku tidak puas bermain
(Pantun ehsan Hikayat Raja Babi)
Sunday, 1 September 2013
week 35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment