Wednesday 25 December 2013

Setahun Jagung Peradaban Bangsaku

Melatari demografi Malaysia hari ini adalah tiga bangsa yang utama. Melayu sebagai bumiputera yang dipersiapkan dengan keistimewaan di bawah Perlembagaan, kaum Cina yang memegang bahagian terbesar ekonomi negara, dan juga bangsa India, yang juga tidak ada keistimewaan perlembagaan dan rata-rata bermasalah ekonomi seperti Melayu.

Berapa tahun sudah kita merdeka ? Baru 56 tahun. Tapi pencapaian Malaysia di tahap dunia sudah hebat (tapi perlu diperhebat). Usia Melayu  berpentadbiran baru 56 tahun. Kita tiada pengalaman itu sebelum ini. Ingat lagi, dalam novel Interlok, apabila masyarakat Cina memasuki Tanah Melayu, mereka memanggil orang Melayu sebahai huan na. Kalau tak silap, maksudnya 'tinggal atas pokok'. Jangan nak marah pulak. Mesti istilah itu terbit kerana keadaan semasa pada masa itu. Dah betul la kot nenek moyang ketika pada masa itu masih duduk atas pokok. Tetapi selepas merdeka bangsa Melayu sudah jadi pentadbir yang hebat-hebat. Ini kerana kita ada pemimpin-pemimpin yang berwawasan, seperti Tun Razak misalnya. Kenapa tak nak nampak kekuatan kita sendiri ?

Dulu nenek moyang kita tidak tahu apa-apa tentang hak-hak kenegaraan. Mereka lihat sahaja bila orang putih hangkut hasil-mahsul negara. Ada lah yang menentang, tapi rata-rata aku rasa depa tengok sahaja berputih mata. Depa rasa memang hak orang putih tu nak angkut apa sahaja dari bumi ini. Panas lah jugak kan, kalau fikir nenek moyang kita dulu macam ni. Tapi nasiblah kita ada pemimpin macam Datuk Onn. Dan ramai lagi yang tak tersebut.

Anda percaya bukan, kita mewarisi pengetahuan dan kepakaran nenek moyang kita. Karakteristik dan kepakaran nenek moyang kita ada dalam DNA kita.  China adalah satu bangsa yang berperadaban semenjak zaman sebelum Muhammad saw lagi. Buku ilmu strategi perang Tsun Zu ditulis 500 tahun Sebelum Masihi. Mereka telah melalui pelbagai Dinasti. Seperti catatan Tun Dr M, dan aku setuju, bangsa China yang hidup hari ini adalah berketurunan daripada nenek moyang yang cekal gagah berani tahan diuji. Ini adalah kerana saban tahun  negara China dilanda banjir besar. Maka setelah tapisan tahun demi tahun, yang masih hidup adalah mereka yang daripada baka yang paling tahan diuji. Di dalam DNA depa dah ada kepakaran berperang, berniaga, merasuah kerajaan dan sebagainya. Kepakaran itu depa bawak bersama darah-dagin mereka semasa mereka migrasi ke Tanah Melayu. Depa masuk petempatan Melayu dan mula berniaga. Melayu bergantung kepada peniaga Cina untuk bekalkan barangan keperluan. Hal berniaga memang tak ada dalam otak nenek moyang kita masa tu. Melayu masa tu tak tau apa-apa pasal hal-hal tanah. Bila tak dak duit depa pi gadai janji dengan tokey Cina. Lepas tu tanah pun lesap. 

Di India juga adala tamadun Indus jadi aku rasa depa pun ada pengetahuan-pengetahuan asas klasik itu, walaupun tak begitu jelas di kalangan mereka yang datang berhijrah ke sini. 

Apa yang kita orang-orang Melayu pandai sekarang ini, adalah daripada dasar-dasar kerajaan selepas kita merdeka. Bayangkan betapa cepat kita belajar. Cina dan India sudah ada benda-benda itu beribu-ribu thaun sebelum kita di dalam darah-daging mereka. Jadi kenapa masih rasa Melayu tak hebat ? 

Nanti sambung lagi.


Ini adalah siri posting :  Menyusun Seroja
Malayu adalah satu bangsa yang hebat. Siri posting Menyusun Seroja adalah untuk mengabadikan kehebatan-kehebatan itu buat tatapan masa hadapan. Cee wah ambitiousnyer.... Takpa, I cuba, ok ? 

Monday 9 December 2013

peliknya pemimpinku

Seperti biasa, kita hanya melepas geram. Anda perasan atau tidak, Datuk A Kadir Jasin dah berpatah arang dan makin brutal. Hari-hari Najib kena bambu. Datuk A Kadir Jasin sangat sayangkan negaranya. Sebab tu dia tak senang duduk. Sedangkan aku, aku hanya mahukan perubahan yang cepat, tetapi tidak pula mengambil tindakan positif.

Yang aku hairan kenapa Tun Dr M diam, Muhyiddin pun diam. Apa dah jadi ? Rakyat seperti aku jadi hairan bin ajaib. Hanya blogger-blogger yang begitu vokal. 
bagus untuk pelawasan


Hairan sungguh kita. Nak tunggu sampai bila ? UMNO ni, isu yang sangat relevan tidak disentuh langsung. Buat don't know ja. Buat perangai syok sendiri. Bahaya tau, sikap macam tu. Pengundi macam aku boleh fed up. Kau cubalah bayangkan apa orang macam aku boleh buat kalau kami fed up.



Ini adalah siri posting : Menyampah Dengan Najib
Anda rasa nak muntah ? Naik loya ? Anda tertanya-tanya : apa nak jadi dengan negara ini ? Awat jadi macam ni ? Menteri-menteri dah tak boleh beza tugas-tugas kementerian (ministerial) dan dengan senangnya fungsi kerajaan didelegasi kepada anak-bini tanpa delegasi yang sah dalam pentadbiran kenegaraan.

Friday 6 December 2013

Eye On Izzah


Am keeping an eye on Nurul. Liked her on Facebook for  tracking of her activities. A young person of that kind of motivation should work for an organisation with power. She's powerless thanks to her association with PKR.

Or I could be wrong. The total dysfunction of UMNO may lend total support of the Malays towards PKR, and PKR takes over. And to think PKR and not PAS..

Wednesday 4 December 2013

My Najib


Najib after the much-talked-about transformation

I see and read Najib as someone steep in the US style of government. Whatever Obama does, he wants to emulate. The US is going bankrupt, still he sees there's a lot to copy from them. He employs so many consultants from overseas and spent billions on them. We also know they give him crap in return. We locals are no longer good enough for the job. What's the use of so many PTDs ? What's the use of our Majlis Professor Negara ?  Why does he need so many advisors ? I know during Dr M's time, he (Dr M) listened to people but he made his own informed decisions. Whereas Najib, he can easily be hijacked by these scheming people surrounding him.  Sorry I can't help comparing him with Dr M. I compare him with my beloved Dr M all the time. More so now, after Dr M being hospitalised and discharged. I am worried sick about everything Najib right now.