Friday 22 June 2018

Menunggu Ayah Pulang


Hujan sudah rintik
Angkat kain di jemuran
Langit gelap menakung air
Ayah belum pulang

Hujah sudah lebat 
Lebat atas atap zink
Ibu di bilik berwajah gundah
Ayah belum pulang

Hujan sudah renyai
Mungkin Ayah lambat sampai
Petang-petang Jumaat begini
Ayah tutup bengkel
Ayah kunjungi ibunya

Hujah sudah surut
Aku skating dalam rumah
Ayah muncul di pintu
tangannya penuh darah merah
Alangkah cemasnya aku
rupanya jem manggis yang Tok buat
tumpah dalam but kereta

Thursday 21 June 2018

did I go anywhere for Raya ?


No
I had a very quiet raya 
as planned
I didn't even wash the car
and it is not even mine

Wednesday 13 June 2018

hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga

Juwita dan Ratna sampai pukul 10 lebih malam tadi. Dolly cemburu rupanya. Ina dan Epi sampai pukul 12.30 pagi tadi. Gambar ni Marzuki yang ambil.

Tuesday 12 June 2018

setahun hanya sekali

adik-adikku telah berkumpul
mereka mengemas keliling rumah
aku masih di kantor
tapi semua ini akan berubah
tunggulah bila sampai masanya

Yang kelihatan adalah kereta-kereta lama pelanggan Yusri
dia pakar baikpulih imej kereta
Kamera handfon Naim

Monday 4 June 2018

semalam, ke sini lagi

Sejauh manapun aku lari, so-po tetap di hati. Aku tak boleh berhenti membaca dan berfikir mengenainya. Walau cuma membaca dan menulis sendirian, ada kebijaksanaan baru yang aku cuba terap dalam diri. Jangan sampai pendapatku itu mengguris sesiapa, walau hanya dalam tulisan. Aku harus berdiam diri saat pembaca berita melapor berita, atau aku komen secara berhemah. Pendapat aku dan ibuku berbeza, dan aku harus meraikannya.

Ibuku juga ada fahaman politik tersendiri. Ia mungkin sentimental pada ibuku. Apa aku tahu ?

Jadi, apa salahnya melakar rasa keso-poan di sini. Ia mungkin terapi efektif.

Semalam, ke kubur lagi selepas ke klinik. Banyak yang dah berubah walau ingatan tak pernah berubah.

Friday 1 June 2018

as poetic as can be

Maruku, halwa maskat dan caprup. 
Nak kena beli bahan mentah untuk Mak
 Mungkin balang baru
 Will try to help.