Monday 4 June 2018

semalam, ke sini lagi

Sejauh manapun aku lari, so-po tetap di hati. Aku tak boleh berhenti membaca dan berfikir mengenainya. Walau cuma membaca dan menulis sendirian, ada kebijaksanaan baru yang aku cuba terap dalam diri. Jangan sampai pendapatku itu mengguris sesiapa, walau hanya dalam tulisan. Aku harus berdiam diri saat pembaca berita melapor berita, atau aku komen secara berhemah. Pendapat aku dan ibuku berbeza, dan aku harus meraikannya.

Ibuku juga ada fahaman politik tersendiri. Ia mungkin sentimental pada ibuku. Apa aku tahu ?

Jadi, apa salahnya melakar rasa keso-poan di sini. Ia mungkin terapi efektif.

Semalam, ke kubur lagi selepas ke klinik. Banyak yang dah berubah walau ingatan tak pernah berubah.

No comments:

Post a Comment