Wednesday 29 July 2020

nurraysa

Naim start bela ayam 21 Julai 2020
Hapit balik 28 Julai 2020
E review 29 Julai 2020
Emi balik 30 Julai 2020
Hajar balik pukul 10 malam 30 Julai 2020
Hopefully for good
Hari Raya Haji 31 Julai 2020
Hapit balik Melaka 2 Ogos 2020
Emi balik KL 3 Ogos 2020

Thursday 16 July 2020

Wednesday 15 July 2020

Monday 13 July 2020

tepuk amai-amai

Bagaimana ibu dan ayahku sayangkan adik-adikku masa kecil, begitulah juga ibuku dan ayahku sayangkan aku dan kakakku. Tidak ada ragu-ragu.




Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
Tepuk biar pandai
nanti malam upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan nangis 
Emak buat kerja

Wednesday 8 July 2020

hujan oh hujan

Masa kecil, mungkin juga semenjak atas dokongan, Emak akan nyanyikan lagu ini bila hujan turun.
Tak ada mesej yang jelas, cuma menggambarkan suasana hujan.




Hujan oh hujan
Turun lebat-lebat
Balik sini ikan puyu
Balik sana ikan sepat

Balik sini gantung alu
Balik sana gantung pahat
Balik sini hujan lalu
Balik sana hujan lebat

Bila hujan, aktiviti kerja kampung terhenti. Aktiviti menumbuk padi terhenti, sebab tu kena gantung alu. Aktiviti buat rumah terhenti, sebab tu kena gantung pahat.

Monday 6 July 2020

suatu masa dahulu

Semasa aku kecil, cerita yang disampaikan secara lisan amat membekas dalam jiwaku. Sebagai anak kecil, aku berimaginasi lewat cerita-cerita itu. Binatang-binatang berkomunikasi, ibu tiri yang jahat, perbuatan jahat dapat pembalasan, pari-pari dan dunia sakti; semua itu  rencah dalam cerita dulu-dulu.

Mungkin ibu-bapa sekarang ada cara yang lebih teratur mengajar anak-anak, tapi apa yang aku alami semasa kecil kekal dalam lipatan kenangan. Ibu-bapa sekarang mungkin memilih cerita-cerita yang lebih Islamik supaya pemikiran anak tidak terjerumus kepada syirik.

Ibu-bapaku tidak pernah mengajarku mensyirikkan Allah. Untuk itu aku sangat bersyukur. Walaupun cerita-cerita dongeng yang dihidangkan tiada nilai Islamik, aku tidak kisah. Ada nilai-nilai hiburan yang tinggi.

Bila masuk sekolah, ada perpustakaan yang dipanggil khutub-khanah. Buku-buka tak banyak. Nak masuk khutub-khanah pun susah. Banyak buku yang hilang.

Bila masuk sekolah menengah, banyak buku English dengan mukasurat-mukasurat yang dikoyak :-)

Bila umur 30-an, aku mula baca non-fiction secara serious. Semua cerita cinta aku dah cover.

Thursday 2 July 2020

desiderata


In December it will be three years of me coming back to live in Kedah. I will re-acquire perfect diction of the Kedahan language.

My stroke may be the reason why I cannot switch automatically to provincial Kedahan dialect but I want to be kind to myself. After three years, I promise I will speak in wonderfully perfect Kedahan diction.




Wednesday 1 July 2020

to be or not to be

I have a friend. I befriended him out of sympathy. But lately he's been sending me obscene videos and pictures. I think he's lost respect in me.

I think I will block him.