Wednesday 8 July 2020

hujan oh hujan

Masa kecil, mungkin juga semenjak atas dokongan, Emak akan nyanyikan lagu ini bila hujan turun.
Tak ada mesej yang jelas, cuma menggambarkan suasana hujan.




Hujan oh hujan
Turun lebat-lebat
Balik sini ikan puyu
Balik sana ikan sepat

Balik sini gantung alu
Balik sana gantung pahat
Balik sini hujan lalu
Balik sana hujan lebat

Bila hujan, aktiviti kerja kampung terhenti. Aktiviti menumbuk padi terhenti, sebab tu kena gantung alu. Aktiviti buat rumah terhenti, sebab tu kena gantung pahat.

No comments:

Post a Comment