Semasa aku kecil, cerita yang disampaikan secara lisan amat membekas dalam jiwaku. Sebagai anak kecil, aku berimaginasi lewat cerita-cerita itu. Binatang-binatang berkomunikasi, ibu tiri yang jahat, perbuatan jahat dapat pembalasan, pari-pari dan dunia sakti; semua itu rencah dalam cerita dulu-dulu.
Mungkin ibu-bapa sekarang ada cara yang lebih teratur mengajar anak-anak, tapi apa yang aku alami semasa kecil kekal dalam lipatan kenangan. Ibu-bapa sekarang mungkin memilih cerita-cerita yang lebih Islamik supaya pemikiran anak tidak terjerumus kepada syirik.
Ibu-bapaku tidak pernah mengajarku mensyirikkan Allah. Untuk itu aku sangat bersyukur. Walaupun cerita-cerita dongeng yang dihidangkan tiada nilai Islamik, aku tidak kisah. Ada nilai-nilai hiburan yang tinggi.
Bila masuk sekolah, ada perpustakaan yang dipanggil khutub-khanah. Buku-buka tak banyak. Nak masuk khutub-khanah pun susah. Banyak buku yang hilang.
Bila masuk sekolah menengah, banyak buku English dengan mukasurat-mukasurat yang dikoyak :-)
Bila umur 30-an, aku mula baca non-fiction secara serious. Semua cerita cinta aku dah cover.
No comments:
Post a Comment