Tuesday, 25 August 2015

Tun M, Sekali Lagi


kau tahu apa yang aku mahu ?
aku mahu Tun M sekali lagi
aku tak fikir Ku Li boleh
aku tak mahu Zahid
tak mahu tak mahu tak mahu !
aku tak mahu Hishamuddin
tak mahu tak mahu tak mahu !
aku juga tak mahu kerajaan uniti apa itu 

aku tak mahu dia si celaka jahanam itu
tak mahu tak mahu tak mahu !

kau tahu apa aku mahu ?
aku mahu Tun M, sekali lagi




Monday, 24 August 2015

di pondok kecil, dibantai ombak

Imej amek kat GoogleImages

Bolehkah Melayu hidup kalis politik ? Boleh kalau mereka hidup di hutan , makan hanya ikan sungai, sayur berulam pucuk-pucuk hutan, daging makan sekali-sekala, setahun dua kali. (Jawapan ini pun boleh disangkal, sebab dengan kadar pencemaran dan pemerkosaan hutan masakini, Melayu hutan ini akan terancam jua akhirnya anak-beranak).

Jawabnya tak boleh. Untuk sesuatu bangsa itu hidup kalis politik, mereka sebagai satu komuniti mestilah  mempunyai jaringan ekonomi persendirian yang padu. Mereka hidup berbelanja dengan faedah kepada faedah kepada prinsipal [yang tidak mereka usik, sebaliknya ditambah-tambah sepanjang masa].

(Coretan ini sepatutnya menjadi sebuah artikel yang bagus. Akan disambung, bergantung kepada keazaman tuanpunya blog yang unpredictable ini).

Tuesday, 18 August 2015

reblogged: the dajjal dose


So as prophesized, living in the Dajjal era is inevitable. Surely a certain amount of the dose has to be determined. .

Thursday, 6 August 2015

tenggelam punca

Image from GoogleImages
atau dosa yang terlalu banyak
buat kita tenggelam punca

Ahhh.... warna-warna sombre pun indah ...

Monday, 3 August 2015

seroja mengorak langkah

Image from Google Images

Jiwa yang lemah dan lesu rasa 'refreshed' lepas baca posting terbaru posting DAKJ di sini. Kecewa dan hampa dek kerana sudah runtuhnya kepercayaan kepada demokrasi berperlembagaan di Malaysia raya ini. 

Di luar sana, bebunga sedang mekar berkembang. Beburung sedang riang berkicau. Cahaya mentari yang memanah kulit seakan membisikkan harapan baru. Ada perjuangan yang belum selesai. Mungkin ini masanya untuk mengorak semula langkah, menyusun seroja. 

Thursday, 23 July 2015

penghargaan


mengenang mereka yang telah pergi
dan
menghargai mereka yang masih di sisi
sebelum mereka pergi
 atau
 kita yang dahulu pergi

Tuesday, 14 July 2015

two too many

both will be remembered so very dearly
let me be the tasbih that brightens
both houses

Friday, 10 July 2015

Wednesday, 8 July 2015


ngkorang perasan tak budak ni goreng telur tak de gas tak de letrek. Ha ha ... ngkorang kene tipu

Tuesday, 7 July 2015

sebersit sinar

unappreciable, except to few

...
so when appreciation comes along
how do you react ?
you prostrate and shed tears
of joy and gratitude

Thursday, 2 July 2015

tajuk Orang Marah


Betulkah ayat-ayat Quran turun tetiber aje ? Tak dak sebab, tiba-tiba Allah turunkan ayat tentang Abu Lahab. Tetiber turun ayat pasai Abu Jahal. Tetiba turun ayat pasai Empayar Rom yang akan dikalahkan.

Pakai otak bro ! I yang tak pandai Omputih ni pun pandai pakai otak.

Wednesday, 1 July 2015

berita bergambar yang menggemparkan

Image from Google Images

Hari ini 14 Ramadhan. Che Jam akan buat kue raya untuk anak-anak, takut depa teringin. Kena plan daripada sekarang. Aku telah dinasihatkan memeluk dan mencium mereka. Sesuatu yang sampai hari ni pun aku tak tau macam mana nak mula. Lebih mudah  bagi aku sediakan juadah yang depa suka. Boleh jadi juga kueh-mueh dan juadah itu jadi substitute yang baik untuk peluk-cium yang tak kunjung tiba.

Tuesday, 30 June 2015

all for You

And the foremost in the race, the foremost in the race
Those are they who will be brought near

Al-Waqiah (56) : Verses 10,11

How does one live this worldly life wholly and yet Allah regards him/her as the foremost running to Him ? He/She perfects her worldly deeds, his/her promises to fellow mankind, in return for Allah's pleasure, that's how. Whatever difficulties come his/her way, he/she faces it in full confidence and belief that all is from Allah and he/she carries out the task cheerfully.








Monday, 29 June 2015

bunga cempaka dalam jambangan

Images from GoogleImages

Ada yang kata Tun M dah slow down sikit. Malaysiakini kata Tun checkmated bila Najib umum tangguh pilihanraya MT 18 bulan lagi. Aku fikir Najib memang boleh tangguh, tapi masa menjadi lebih suntuk di antara masa tu nanti dengan PRU. Ada beza ka ? Aku rasa ada kesannya. DAKJ adalah blogger yang paling consistent menyerang dengan isu 1MDB. Sampai hari ini. Tabik DAKJ.


Kita rakyat hanya tunggu sahaja kerana semua jentera dikuasai oleh Najib. Nak siasat, semua penyiasat ikut telunjuk Najib. Tak guna siasat. Wayang semata-mata. Ada satu cara saja nak jatuhkan Najib, tapi tak boleh tulis. Ko fikir sendiri ok ? XAJ tu pun bukan wayang ke ?

Siapa kata Najib bengap tak gheti. Banyak yang dia copy dari Tun M. Dari Pak Lah. Tapi untuk keuntungan dia, dan bukan keuntungan rakyat.

Cuba kita fahami ini; sovereign wealth fund baru seratus tahun lebih sikit sahaja digunakan orang. Ia bukan satu amalan kenegaraan yang begitu established. It is sure by trial and error. Hanya yang prudent dan diligent sahaja yang akan berjaya. Memanglah, sebab dia pelaburan. Tak caya tgk Singapura.  Bila tengok negara arab punya SWF berbeliyonbeliyon, RM pun teruja. Semua nak pakai penasihat, sendiri tak nak nak faham operasi SWF tu. Semua risiko tu gantung kat tengkuk rakyat. Yang dia joli awai-awai. Ye lah, takkan nak tunggu 30 tahun ? Masa tu mungkin dia dah keok. Sebab tu la Khazanah saja tak cukup. Nak juga 1MDB. Sekarang tengok apa jadi ? Nak jadi macam Greece ? Nauzubillah.


Jomlah kita berjuta-juta rakyat Malaysia berdoa agar yang mungkar dibinasakan. Yang benar ditegakkan.

Sunday, 28 June 2015

bunga-bunga pingitan

Lama-kelamaan kesetiaan itu akan luntur. Bila kesetiaan tidak lagi mampu dibayar dengan wang ringgit. Kalau asasnya sendiri begitu berkepentingan diri, jangan fikir ia akan mampu bertahan.

Friday, 19 June 2015

tentang damai

Dalam bulan puasa ini even Najib pun post posting yang mulia-mulia no? Posting duduk bersimpuh atas sejadah, posting cerita dia solat dalam tenang dan dalam damai kat kampung mana ntah,  etc etc. Itu hak dia la kan ? Ada lagi, posting pasal hari bapa. It's heart-melting you know.. Anyway, aku sikit pun tak cair. Aku kesian dekat Tun Razak. Ni nak bagi tau, dengag kata harga makanan kat bazar ramadhan  mahai nak mampuih. Aku tak tau pasai kami masak sendiri. We have always been able to puasa without bazaar ramadhan playing a crucial role while at it. You can too, if you try hard enough. Aku puasa bukan atas konsep makan. Apa yang kami mampu buat pun dah mencukupi. Alhamdulillah. So far bebudak tu makan laju je..




Thursday, 18 June 2015

Monday, 15 June 2015

rahsia-rahsia Tuhan

GoogleImages
Maligne Lake,
Jasper National Park, Canada
part of the UNESCO Canadian Rocky Mountain Parks World Heritage site, one of 15 World Heritage sites in Canada.

Tuesday, 9 June 2015

Aloe

Aloe vera untuk ditelan. Setiap kali akan telan sebanyak tu ketui aloe vera. Pengiringnya air putih. Pahit bedengung, namun itulah ubat. Demi Allah, itu lebih kurela daripada haemodialisis.

Monday, 8 June 2015

my Tun Dr M


kita mahu Tun M bersara dan berehat
tapi dengan PM yang macam gitu
mana mungkin Tun M bersara dan berehat
dia bapa yang sejati
kami semua di belakangmu Tun
aku ingin Tun tahu
aku sampai sentap di Whatsap mempertahankan Tun
aku jadi sensitif kalau orang hamun Tun
memang Tun tidak sempurna
(aku sendiri ada sebakul bebelan tentang perkara-perkara 
yang Tun harus ubah semasa dalam pentadbirannya,
sesuatu yang aku tidak bersalah sebab aku masih terlalu kecil
atau kanyiag pada masa-masa yang relevan itu)
tapi siapa lagi yang ada ?
Tolong habag mai


Tuesday, 2 June 2015

ke Yang Abadi

fikiran tentang kematian itu, ia datang lagi..


Sempatkan ya Tuhan.. beri aku tangguhan

Tuesday, 26 May 2015

these kindergartenly questions that nag ..


 bunga

Soalan-soalan untuk profesor pujaan :-
  1. In the olden days, had it been perceived that a government should enter into business, do business with its people, make profits from that business ?
  2.  If the answer above is in the negative, what principle of constitutional / administrative justice upholds the restraint ?
  3. If there is a clash of interest between govt and the people, whose interest will the government protect ???
  4. This 1MDB type of investment, which is shrouded heavily in secrecy, does it happen in any other modern state today ? Pls give examples.
  5.  ...
akan disambung, kerana urusan mencari rezeki yang halal. Lawyer bukan "kira duit je...". Lawyer kena buat kerja. Kalau tidak cam ner ..

Monday, 25 May 2015

Melayu hebat


Melayu hebat zaman ini
mereka hawin dan campak ke limbahan pemimpin mereka
yang lebong yang membohong

daulatnya mandat kami
hancur berkecai dia yang tak layak
bugiskah dia minangkah dia
kami apa peduli
kami buang dalam tong sampah
yang tak layak yang bengap
jangan berani tampil menagih kuasa


Friday, 22 May 2015

ki ki ki..


jom gelakkan dia !

monolog ratu

Ada harapan yang bakal berkecai. Niat hati nak jadi ratu utama 22 tahun lagi. Dah jadi macam ni, kena angkat bungkus la gamaknya. Mudah-mudahan tak disumbat dalam penjara. Tak pun, kena buang negeri.



Apa pun, kita minum dulu.

Tuesday, 19 May 2015

resah bunga-bunga

Ada segolongan netizen sepertiku punya resah membuku dalam dada. Hari-hari baca pasai tuduhan penyelewengan dalam pentadbiran kewangan kerajaan. Melihat sajakah, dan berputih mata? Bagaimana dibudayakan rasa tanggungjawab untuk menyoal mereka di pihak berkuasa ? Apakah kerana sibuk mencari sesuap nasi, maka kita biarkan mereka yang diberikuasa berbuat sesuka hati ? Pilihan yang ada tidak banyak, malah tidak ada, kerana pilihan yang ada bererti berkongsi kuasa dengan lawan, yang punya agenda dan psyche tersendiri.

Tuesday, 12 May 2015

aku temanimu sampai kamu dewasa

Tuhan, berilah aku cukup tenaga.


Aku tangguhkan hasrat melayar dan dibanting ombak tujuh lautan itu, sampai masanya tiba untuk kamu sendiri punya sayap untuk terbang menakluk langit.




Jumpa group WA yang sangat menghilangkan stress. Kena hati-hati juga jangan sentap-sentap. There are times to get so involved, there are times to free myself of it. Seronoknya. I feel whole and complete in a sense.

 

Thursday, 16 April 2015

jom ngok ngek



salah satu cara menyelesaikan masalah adalah melupakannya seketika
esok kau bangun
kau rasa alah tak apa-apa
cubalah..

he he he