Setiap kali melalui tanah-tanah
terbiar di ceruk pedalaman, aku fikir ekonomi Kedah mesti berteraskan
pertanian. Sayang kalau tanah ini jadi kawasan industri perkilangan. Kalau
anak-anak muda tak minat bertani berkebun dan berladang, biarkan mereka pergi.
Kerajaan negeri harus berfalsafah pertanian untuk menggerakkan industri tani.
Cari orang-orang yang betul-betul berminat. Gajikan mereka yang minat bertani
sahaja. Majukan tanah-tanah terbiar untuk dijadikan ladang, dusun dan kebun.
Buah-buahan tempatan, padi, daging lembu, ayam ada pasaran tempatan. Biarlah
rakyat 
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti 
Hancur daging tulang berkecai 
Belum dapat belum berhenti
 (Pantun klasik)
     Hancur daging tulang berkecai 
     Belum dapat belum berhenti 
     Daripada hidup menjadi macai 
     Bukankah kau lebih baik mati ?
(Reka-rekaan)
Puan bertanjak bunga melati
Diampu pula dengan kain
Bukan aku takut 'kan mati
Sesalku tidak puas bermain
(Pantun ehsan Hikayat Raja Babi)
Tuesday, 25 August 2020
jauhnya pemandangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment