Monday, 21 December 2020

Basah

 Hujan setiap hari kecuali beberapa hari..

Sempat korek lubang sampah dan tambun tanah bawah lau kambin..


Tuesday, 22 September 2020

Wednesday, 2 September 2020

merah-merah delima


Pada saat-sat getir seperti ini, aku harus membaca novel/artikel/makalah yang membakar semangat. Baca pasal kesusahan orang lain. Bukan tengok drama yang melekakan/ menyesatkan/menipu. Baca bagaimana dengan harta yang sedikit, hatiku dapat  dipuaskan. Betapa banyak nikmat Allah ke atasku yang kupersia-siakan.

Kenapa cerita-cerita menipu ditulis ?  Sebab ia mendiamkan sejenak penderitaan yang ditanggung. Hiburan, bukan ?

Thursday, 27 August 2020

surat untuk andri


 Andri,

Tak mengapalah kalau kita miskin harta. Dengan sedikit harta yang kita ada, berbuatlah sebaiknya pada jalan Allah. Semoga diterimaNya.

Buat apa harta yang banyak, tapi hidup dilaknat Allah. Buat apa kebolehan yang tidak digunakan  di jalan Allah. Buat apa ?

Alang-alang hidup susah, biarlah di jalan yang Allah redha.

Amatlah rugi kalau di dunia pun hidup susah, di akhirat nanti dibangkitkan bersama mereka yang sesat dan dimurkai.

Wednesday, 26 August 2020

Tuesday, 25 August 2020

jauhnya pemandangan

 

Setiap kali melalui tanah-tanah terbiar di ceruk pedalaman, aku fikir ekonomi Kedah mesti berteraskan pertanian. Sayang kalau tanah ini jadi kawasan industri perkilangan. Kalau anak-anak muda tak minat bertani berkebun dan berladang, biarkan mereka pergi. Kerajaan negeri harus berfalsafah pertanian untuk menggerakkan industri tani. Cari orang-orang yang betul-betul berminat. Gajikan mereka yang minat bertani sahaja. Majukan tanah-tanah terbiar untuk dijadikan ladang, dusun dan kebun. Buah-buahan tempatan, padi, daging lembu, ayam ada pasaran tempatan. Biarlah rakyat Malaysia makan makanan yang baik-baik.

Wednesday, 19 August 2020

aloud

 

Why did he resign ?

Because deep inside he knew Anwar could not become PM. So he delayed the power shift while planning a strategy. But he was indebted to Anwar and was bound by his promise. Nevertheless pressure kept mounting from people around him who did not want Anwar. He succumbed.

 There was a turmoil after the resignation, but I think it would finally settle.

We must learn to do without him.

Tuesday, 18 August 2020

desiderata

 

Apa aku faham tentang politik Kedah ?

Biar aku berbicara sebagai seorang penduduk Kedah, sebagai pekerja firma guaman yang makan gaji, dan sebagai penduduk yang terancam oleh Covid-19.

Aku rasa kerajaan sekarang patut diteruskan kerana pertukaran kerajaan akan merugikan rakyat Kedah. Aku ingin melihat kestabilan kerajaan sedia ada, dan Covid-19 yang melanda dunia ini tentu ada peranannya dalam sikap ini. Dah rasa dah macam mana Pakatan Harapan memerintah.  

Apa yang nak dimarah sangat Perikatan Nasional antara PAS dan UMNO ini ? Nampak okay je. Aku ingin beri kepercayaan kepada kerajaan baru ini. Pembangunan memang slow. Dulu-dulu pun slow juga kan ?


 


 


Monday, 10 August 2020

Andri

Andri ingin nak bela lembu pula. Dia dah jaga ayam dan kambing. Sekarang nak bela lembu pula. Hmmmm…

Si kacak yang akan jadi taukeh lembu, kambing dan ayam organik. Mesti ada falsafah yang meyakinkan tentang penternakan. Pendapatan tetap daripada lembu dan kambing  dalam masa tiga tahun.

Apa-apa sahaja yang baik-baik untukmu….


Thursday, 6 August 2020

Batu Belah Batu Bertangkup

Batu Belah Batu Bertangkup

 

Ini versi yang aku dengar ketika aku kecil. Ceritanya pendek sahaja, tanpa ditokok tambah dengan versi istana yang lebih fancy.

 

Pada satu zaman dahulu, ada seorang janda yang tinggal dengan dua anaknya Melur dan Pekan. Melur gadis yang sedang meningkat dewasa, dan menjaga adik lelakinya Pekan bila ibu janda itu keluar mencari rezeki.

 

Pada suatu hari, semasa menangkap ikan di sungai, janda itu mendapat telur ikan temakul. Telur ikan temakul sangat rare, even pada zaman itu. Ia sedap digoreng dan dimakan dengan nasi panas-panas. Dia pun membawa balik telur itu untuk dimasak oleh Melur.

 

Janda itu pergi mandi sebelum menikmati nasi dengan telur ikan temakul. Di dalam mindanya terbayang telur ikan temakul goreng yang sangat sedap.

 

Setelah digoreng Melur membahagikan telur itu kepada tiga bahagian, iaitu untuk ibu mereka, untuk Melur dan untuk Pekan. Pekan menangis lapar nasi. Oleh itu Melur mencedok nasi dan memberikan bahagian telur ikan Pekan untuk dimakan oleh Pekan. Oleh kerana sangat sedap, Pekan menangis minta lagi. Melur terpaksa memberi bahagiannya kepada Pekan.

 

Setelah habis, Pekan menangis lagi. Dia meraung-raung sukar dipujuk. Melur terpaksa memberikan bahagian ibu mereka kepada Pekan dan menggantikan bahagian ibu mereka dengan telur ayam goreng.

 

Bla ibu mereka balik dari kali Melur menghidangkan nasi panas dengan telur ayam goreng. Alangkah terkejutnya janda itu melihat yang terhidang di depannya adalah telur ayam, bukannya telur ikan temakul.

 

“Tadi adik Pekan menangis. Dia tak boleh dipujuk. Melur terpaksa memberikan bahagian ibu kepadanya. Bahagian ibu sudah habis dimakannya.”

 

Mendengar kata-kata itu, janda itu merasa sangat kecewa dan marah. Dia menjadi emo tak tentu fasal. Dia terus lari sehelai-sepinggang ke arah hutan belakang rumah mereka.

 

“Batu Belah Batu Bertangkup. Ambillah aku!”

 

Dia menyeru-nyeru nama Batu Belah Batu Bertangkup dalam nada sayu dan merajuk. Di dalam huran itu ada seketul batu besar dikenali sebagai Batu Belah Batu Bertangkup. Menurut cerita orang, Batu itu boleh terbelah, merenggang dan terbuka dan menelan objek yang masuk ke celahnya sebelum ia tertutup kembali. Tentulah objek itu akan tersepit di antara dua belahan batu itu.   

 

Ibu itu hilang di celah belahan batu itu. Cerita itu berakhir di situ sahaja. Tragis bukan ?

 

Tujuan janda itu berbuat begitu adalah kerana dia merajuk dengan perbuatan anak-anaknya. Sebagai seorang dewasa aku fikir ibu itu terlalu emo dan membuat tindakan melulu seperti itu. Dia sanggup membunuh diri meninggalkan anak yang masih perlukan jagaannya. Entah, aku tidak tahu. Aku bukannya ada anak.

 

Mungkin cerita itu diulang-ulang kepada anak supaya anak tidak memperkecil-kecilkan peranan ibu. Jangan sekali-kali lupa bahagian ibu. Sebagai anak kecil, tentu dia tidak mahu kehilangan ibu.

 

Mungkin brutal juga cara ibu itu berfikir. Apa yang aku boleh kata, kalau kita serahkan segala-galanya kepada Allah, ini semua tidak akan berlaku. Jangan emo, jangan emo, jangan emo. Apalah sangat telur ikan temakul itu, ya ?


Wednesday, 29 July 2020

nurraysa

Naim start bela ayam 21 Julai 2020
Hapit balik 28 Julai 2020
E review 29 Julai 2020
Emi balik 30 Julai 2020
Hajar balik pukul 10 malam 30 Julai 2020
Hopefully for good
Hari Raya Haji 31 Julai 2020
Hapit balik Melaka 2 Ogos 2020
Emi balik KL 3 Ogos 2020

Thursday, 16 July 2020

ceritera


Maka adapun dua gadis itu
Jamilah dan Jamaliah namanya

Wednesday, 15 July 2020

Monday, 13 July 2020

tepuk amai-amai

Bagaimana ibu dan ayahku sayangkan adik-adikku masa kecil, begitulah juga ibuku dan ayahku sayangkan aku dan kakakku. Tidak ada ragu-ragu.




Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
Tepuk biar pandai
nanti malam upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan nangis 
Emak buat kerja

Wednesday, 8 July 2020

hujan oh hujan

Masa kecil, mungkin juga semenjak atas dokongan, Emak akan nyanyikan lagu ini bila hujan turun.
Tak ada mesej yang jelas, cuma menggambarkan suasana hujan.




Hujan oh hujan
Turun lebat-lebat
Balik sini ikan puyu
Balik sana ikan sepat

Balik sini gantung alu
Balik sana gantung pahat
Balik sini hujan lalu
Balik sana hujan lebat

Bila hujan, aktiviti kerja kampung terhenti. Aktiviti menumbuk padi terhenti, sebab tu kena gantung alu. Aktiviti buat rumah terhenti, sebab tu kena gantung pahat.

Monday, 6 July 2020

suatu masa dahulu

Semasa aku kecil, cerita yang disampaikan secara lisan amat membekas dalam jiwaku. Sebagai anak kecil, aku berimaginasi lewat cerita-cerita itu. Binatang-binatang berkomunikasi, ibu tiri yang jahat, perbuatan jahat dapat pembalasan, pari-pari dan dunia sakti; semua itu  rencah dalam cerita dulu-dulu.

Mungkin ibu-bapa sekarang ada cara yang lebih teratur mengajar anak-anak, tapi apa yang aku alami semasa kecil kekal dalam lipatan kenangan. Ibu-bapa sekarang mungkin memilih cerita-cerita yang lebih Islamik supaya pemikiran anak tidak terjerumus kepada syirik.

Ibu-bapaku tidak pernah mengajarku mensyirikkan Allah. Untuk itu aku sangat bersyukur. Walaupun cerita-cerita dongeng yang dihidangkan tiada nilai Islamik, aku tidak kisah. Ada nilai-nilai hiburan yang tinggi.

Bila masuk sekolah, ada perpustakaan yang dipanggil khutub-khanah. Buku-buka tak banyak. Nak masuk khutub-khanah pun susah. Banyak buku yang hilang.

Bila masuk sekolah menengah, banyak buku English dengan mukasurat-mukasurat yang dikoyak :-)

Bila umur 30-an, aku mula baca non-fiction secara serious. Semua cerita cinta aku dah cover.

Thursday, 2 July 2020

desiderata


In December it will be three years of me coming back to live in Kedah. I will re-acquire perfect diction of the Kedahan language.

My stroke may be the reason why I cannot switch automatically to provincial Kedahan dialect but I want to be kind to myself. After three years, I promise I will speak in wonderfully perfect Kedahan diction.




Wednesday, 1 July 2020

to be or not to be

I have a friend. I befriended him out of sympathy. But lately he's been sending me obscene videos and pictures. I think he's lost respect in me.

I think I will block him.

Thursday, 25 June 2020

bangau oh bangau

Adalah lumrah untuk menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu masalah. Namun ada watak yang tidak akan menyalahkan pihak lain, dan ini tentu akan memutuskan tuduhan yang bertali-temali.

The snake in the song depicts such a person. See how the blame game continues until the snake puts a stop to it.

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul

Ikan oh ikan
kenapa tak mau timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam aman aku nak makan
Perut aku sakit

Perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
Makan nasi basi

Nasi oh nasi
Kenapa engkau basi
Macam mana aku tak basi
api tak mau menyala

Api oh api
kenapa engkau tak menyala
Macamana aku nak menyala
Kayu api basah

Kayu oh kayu
kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
keapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku

Katak oh katak
kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makam aku

Ular oh Ular
kenapa kau makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku



Wednesday, 24 June 2020

hikayat berperi

Kecil-kecil aku berimaginasi
melalui cerita dongeng dan puisi
Binatang berkomunikasi
Cerita istana dan puteri berseri

Wednesday, 17 June 2020

koi



the law is there
go get around it
whatever it takes
go ahead
form a company, buy a property

Monday, 15 June 2020

2020 yang banyak segi

Dah lama tak post gambar ni.

Aku tempuhi 2020 dengan banyak kejadian dalam tahun ini. Kalau ada masa aku akan rungkai satu-persatu. Kalau tak ada masa, biarlah ia tertanam dalam lipatan sejarah.






Friday, 5 June 2020

swinging ideas

Fikirkan ini; ibuku sendiri nampak lebih gembira jika aku habiskan lebih banyak masa di rumah. Banyak benda boleh dibuat. Tapi idea ibuku juga; aku mesti kerja sebab kalau tidak, aku jadi moyok, jadi negatif. Otak jadi beku, kemampuan dibazirkan.

Wednesday, 4 March 2020

Menyusun Seroja




Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun telah kuhidup di situ
Beratus-ratus tahun

Kini kuturun ke lembah
Melihat manusia
Kecil miskin lagi hina
Mereka hidup melata-lata

Tuesday, 3 March 2020

Reading Again



After a long hiatus of not reading political stuff, I am reading again. Now I must learn to read news with a pinch of salt. Don’t get stressed. Don’t let it affect you. Detach yourself. Get impersonal.

After this keto diet, I read them with a pinch of Himalayan salt. Politicians come and go. They jump ship. They forget their principles. They commit immoral things. Read about them and be amused, for they are not serious either. They are where they are because they crave power. They are not genuine.

Politics is important because it affects my life. Seriously, something I can’t let go easily. I can’t let go of the handle. Nanti masuk longkang !

Saturday, 19 October 2019

Sungguh gemilang negeriku

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah airku
Di merata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Wednesday, 16 October 2019

Langgar Tembok

Ada sikit-sikit langgar divider dengan sengaja
Tapi harapnya masih ok

Friday, 11 October 2019

11 Oktober 2019

Hari ini 11 Oktober 2019.
Aku mulakan yang baru, berlangsung selama 90 hari.
Aku ingin sekali catatkan khabar gembira.

Wednesday, 9 October 2019

A Broken Vase


I am a broken vase. In many cultures, a broken vase is thrown away. But I heard that in classic Japanese society, a broken vase is treasured. A broken vase is resealed with gold. Therefore a broken vase is much more valuable than its original.

In a way, I am broken. My life has changed after the stroke in 2016. I had to close my firm end of 2017. I lost custody of four beloved children. I came back to my childhood home to recuperate. 

My stroke was caused by uncontrolled high blood pressure and probably also uncontrolled blood sugar. I was lucky because I was considered “young” at 46 to have suffered from stroke, and that it was a mild one. It was mere clotting and not haemorrhage. My right arm was affected. But my left hand could not tell the temperature of the iron, or the tap water. I could not stand up because I would fall down. I could not even take a bath. I did not eat for my entire period in the hospital. I had to be fed by a tube on a special milk. My vision was blurred and I could not see the clock on the wall.
(to continue)

Friday, 13 September 2019

Friday 13th



 I read this story when I was nine or so. It was from a kids’ magazine called Dunia Kanak-Kanak.


Tinggallah seorang tukang topi di desa Tanggerang. Tukang topi itu bertukang topi dan menjual topi-topinya di bawah sebatang pohon yang besar dan rendang. Suatu malam, tukang topi itu bermimpi. Dia akan bertemu dengan peti harta karun dan dia akan menjadi kaya-raya selepas itu. Dia mengembara begitu jauh mencari harta karun tersebut. Setelah keletihan dia bertemu dengan seseorang dan dia menceritakan tentang mimpinya. Orang itu pun berkata; “aku bermimpi temui seorang tukang topi di sebuah desa bernama Tanggerang. Tukang topi itu bertukang dan menjual topinya di bawah sepohon pokok yang besar. Di bawah pohon besar itu tertanam  harta karun. Tetapi aku tidak percaya kepada mimpi seperti itu. Aku tidak akan membuang masa mempercayai mimpi.  Janganlah kamu percaya kepada mimpi. Mimpi itu karut belaka. Balik sahajalah ke kampungmu.”

Tukang topi itupun balik ke kampungnya, dan sungguh, di bawah pohon besar tersebut tertanam harta karun yang dimimpikan oleh tukang topi itu.

Compare this story with The Alchemist by Paulo Coelho. See if you are not able to extract these points :-

1)      You must dare to dream.
2)      You must work hard to realize your dream.
3)      That that will enrich you, it is already inside you. You don’t have to go far.

On top of all these, I want to add that :-

1.     once you have made a decision, you must tawakkal 
        to Allah and seek His guidance always.
2.     stick to your own definition of dream and wealth. 
        The meaning given must please Him not otherwise





Sunday, 23 June 2019

Week 26 : 17th June till 23rd June 2019

17th June
18th June
19th June     Buat EPF withdrawal. Parking kat PTG and jalan kaki. Went to PTD Kota Setar.
20th June     Hujan lebat kat ofis 9.00 am. Jamuan Raya kat Kedah Bar.. Sob sob emails to jlt
21st June
22nd June   
23rd June     Mak beli buai outdoor, freezer. Mungkinkah Dewi dah berbadan dua ?


Tuesday, 18 June 2019

menyusur ranting berduri


Jika kerja anda atau anda hidup berkait dengan berhubung dengan manusia lain, tidak dapat tidak anda mesti memiliki kemahiran untuk bergaul dengan mereka. Manusia itu pelbagai sifatnya. Kalau anda tidak mahu sakiti hati mereka, anda kena buat kerja lebih lagi. Baca buku-buku psikologi.  Fahami mereka, secara bersendirian dan bersesama. Di situ ada kebaikan, dan darjat anda juga boleh diangkat kerananya. Sebaliknya, kecelakaan juga mungkin menimpa anda kalau anda tidak pandai menggauli mereka.

Dan aku hanya menasihati diriku sendiri.

takdir hidup yang terbaik untukku

Mungkin aku membaca kerana aku tak pernah berjodoh. Aku ada banyak masa lapang yang orang lain tak ada sebab aku tak berlaki, tak beranak. Orang lain penat-lelah layan laki, layan anak-anak, tapi aku lenggang kangkung. Aku pun tak suka tengok tv, sebab semua jalan cerita aku dah dapat agak. Aku tak pernah terhibur tengok watak-watak gedik. Tengok dokumentari bolehlah.

Bila anda membaca sebuah buku, anda bermain-main dengan idea si penulis. Anda bawa idea itu ke tidur anda. Anda baca buku itu sampai hancur kalau anda tak puas hati. Minda anda mendebatkan idea-idea itu. Anda setuju, atau anda bangkang. Tidak semua bacaan menjadikan anda seronok. Ada masa anda marah selepas membaca. Anda mengamuk dan baling buku ke dinding. Tapi lepas itu kutip balik untuk sambung baca.

Monday, 17 June 2019

"as is where is" clause

Apabila pembeli beli rumah sub-sale, akan ada klausa "as is where is" ini dalam perjanjian jual beli. Bermakna pembeli beli rumah tu dalam keadaan macam mana masa dia buat inspection sebelum beli tu. Sudah tentu pembeli kena inspect dulu sebelum beli. Jangan lepas tangan kat agen je.

Klausa ini mesti dimasukkan dalam perjanjian jual beli supaya tak berlaku silap faham antara pembeli dan penjual. Jangan bergaduh di kemudian hari. Ia satu bentuk perlindungan kepada penjual. Boleh juga menjadi perlindungan untuk pembeli.

Sunday, 16 June 2019

Week 25 : 10 June to 16 June 2019

10 June              Wan berhenti kerja
11 June              Pi Pizza ufter Mak's buka puasa
12 June              Im naik ETS 11.30am. Budak baru masuk kerja.
13 June              Me and Mak posa.
14 June              Mak posa. Shahida buat kenduri kuey teow. Pi Aman Central. Buat spec baru.
                          An old corporate client from NS invited me to their Open House, a yearly event.
                          So, after one year, some things cleared..
15 June
16 June

Thursday, 13 June 2019

of picking up



To keep track of my bills. To ensure smooth flow of work. To improve mnemonic system of my laws. To write creatively. To write creatively, honestly, creatively...

Sunday, 9 June 2019

Week 24 : 3 June 2019 to 9 June 2019

3 June
4 June
5 June            Hari Raya Puasa 2019
6 June            Pi Tikam Batu, Tupah, Singkiag, Bukit Besag
7 June            Hapit balik Melaka. Pi Aman Central, Tesco
8 June           
9 June            Kemas Stor

Sunday, 2 June 2019

Week 23: 27th May to 2nd June


Not today - a few months ago

27 May          22 Ramadhan. Ayah meninggal 6 tahun lepas. Tak masak for breaking fast
28 May          Tak nak masak


Atop

Acik

29 May         
30 May          Goodbye Yoyen. Kad BIMB hilang.
31 May          Emi balik
1 June            Hapit balik
2 June 

My weight today is 60.5 kg 
My weight today 30 May is 59.8 kg

Sunday, 26 May 2019

Week 22nd : 20th May till 26th May

20th May  Cuti Sebab Wesak. Basuh kolah. Im started mowing.
21st May   Yoyen n Stevie masuk kurungan. Maybelline foundation. The Sultan comes to the                                 mosque for Nuzul Quran function
22nd May   Nuzul Quran today. Ambil brg-brg di bilik sewa. Ina balik KL lepas buka posa
23rd May 
24th May 
25th May    Beli baju raya Im
26th May   

Wednesday, 22 May 2019

ramadhan


Ramadhan selalu membuka pintu-pintu kemungkinan
Tentang mudahnya berpuasa ganti dan berpuasa sunat
Tentang mudahnya solat ganti dan solat sunat 
Tentang mudahnya bertadarrus atau habiskan satu mashaf sekali setahun
Masihkah ada Ramadhan lagi ?

my bro Naim

probably the most good looking guy on Earth right now
whose image will help me write my first love novel
ha ha ha !

You know what ?
I had actually written my first love novel
but the publishing house has rejected it
Now is the the time to alter and rephrase
hu hu hu !

Tuesday, 21 May 2019

Week 21 : 13th till 19th May

Milford Sound



13th May    Absent from work. Bas Hajar 11.45 pm at Shahab Perdana. Mom fell off 
                    motorbike and sprained her knee. Sprained my foot at Menara Alor Setar 
                   green around 10.30pm
14th May    Online buying from Mazliza
15th May    Cleaned up fridge. Tudungs from BFF
16th May    
17th May
18th May     Ina sampai early morning
19th May